Friday, July 5, 2013

SANTUN-YaPEIM

Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang Kelab SANTUN-YaPEIM. Ramai juga yang tertanya-tanya dan bertanya apa itu SANTUN.  


Apa itu SANTUN?

SANTUN merupakan singkatan bagi Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional yang bertujuan memberikan apresiasi kepada pelajar yang cemerlang semasa SPM. Ianya bukan biasiswa, bukan pinjaman, bukan MLM, bukan skim cepat kaya, jadi penerima sumbangan masih boleh menerima skim SANTUN walaupun anda penerima biasiswa JPA, MARA, PTPTN dan sebagainya.

Kaedah Pemilihan

Pemilihan peserta dibuat melalui Pejabat Pendidikan Negeri atau mana-mana badan atau institusi yang relevan mencalonkan pelajar-pelajar yang berjaya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat kewangan dan selain kewangan, akan dilayakkan untuk berada di bawah skim ini selama enam tahun. 

Faedah kewangan adalah berbentuk sumbangan RM1000 setiap tahun (6 tahun) sehinggalah penerima sumbangan tersebut tamat belajar. Faedah bukan kewangan adalah penyertaan secara percuma dalam pelbagai jenis program yang dianjurkan.

Faedah sampingan apabila menyertai program SANTUN

Semua program yang dianjurkan SANTUN adalah dikelolakan oleh PESERTA SANTUN sendiri. Bermula dari penyediaan surat, jemputan ke program dan pengurusan program adalah diuruskan oleh kawan-kawan kita sendiri. Individu yang menelefon anda dari pejabat SANTUN juga mungkin dari kalangan peserta SANTUN sendiri. Jadi, peserta sendiri boleh mencuba untuk menjadi urusetia program dan mengasah, mencungkil serta membentuk kemahiran insaniah baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Percayalah! Pengalaman yang didapati sangatlah berharga, dan tak mudah dapat dari mana-mana program lain.

Antara program-program yang dijalankan oleh SANTUN

Program Apresiasi Sambutan Kemerdekaan dan Majlis Graduasi Santun di Lembah Azween






Kursus Keusahawanan 



dan banyak lagi program-program yang telah dan akan dijalankan oleh pihak SANTUN-YaPEIM. Jadi, . kepada yang berkesempatan JOM SERTAI PROGRAM SANTUN. InsyaAllah, BEST!!!!!!

Wednesday, April 3, 2013

Renungan...

Assalamualaikum pembuka kata, sebagai pemula kata bicara...

Sebentar tadi, sambil-sambil melayari internet, ada terjumpa puisi ke sajak pun tak tahulah.... tapi menarik untuk dikongsikan...Yang dikongsikan oleh sahabat di laman facebook... Sambil-sambil baca tu jom kita renung-renungkan kembali amal kita ye...


#BUDAK TARBIYAH..bajet BAGUS!!..

enaknya jd budak tarbiyah..

Ikut usrah..ad jemaah..hari2 bz dgn dakwah..
Mimpinya mimpi ummat..
Tidurnya lena..subuhnya gajah..

Enak lg jd bdk tarbiyah..

Saban minggu dlm usrah 'dipilih Allah'
Subur semngt keluar berdakwah..
Liqa' mingguan..xhadir rasa bersalah..
Kelas ilmu..xhadir pon xjd masalah..

Enak jd bdk tarbiyah..
Naqal kata2 perjuangan..
Syuyukhnya sudah dikira berjuang..
Atur program dipentas sndiri dikira satu islah yg besar..
Siapa yg xhadir dikira keluar dr 'tapisan Tuhan'
Sungguh..xtahu bgaimana tarbiyah bisa beri kuasa pemerintah sebesar itu..

Enak sungguh jd bdk tarbiyah.
Beramal itu hanya mesti pd istilah mereka..
Org lain kerja bkn cara mereka dikira sia2..
Nak jd hebat..ikutlah cara amal yg sama..
Kalau x..dikata pandai kritik n bercakap sj..

Enak sungguh jd bdk tarbiyah.
Demi jaga hati..kutuk belakang dikira harus..
Xprlu bazir masa utk bicara langsung n jumpa dpn..
Katanya..masih byk amal yg perlu dilakukan..
Org biasa buat salah..dipersalahkan..
Org tarbiyah buat salah.......
Takpa..bumi mana yg xditimpa hujan,..kan??

Retorika bdk tarbiyah..

Muhasabah..
Monolog peribadi..dari hati sunyi..
Menyingkap rahsia tarbiyah disebalik bdk tarbiyah..
Mentarbiyahkan tarbiyah dlm diri bdk tarbiyah..

~perkongsian drpd sahabat di Jordan~