Friday, July 5, 2013

SANTUN-YaPEIM

Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang Kelab SANTUN-YaPEIM. Ramai juga yang tertanya-tanya dan bertanya apa itu SANTUN.  


Apa itu SANTUN?

SANTUN merupakan singkatan bagi Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional yang bertujuan memberikan apresiasi kepada pelajar yang cemerlang semasa SPM. Ianya bukan biasiswa, bukan pinjaman, bukan MLM, bukan skim cepat kaya, jadi penerima sumbangan masih boleh menerima skim SANTUN walaupun anda penerima biasiswa JPA, MARA, PTPTN dan sebagainya.

Kaedah Pemilihan

Pemilihan peserta dibuat melalui Pejabat Pendidikan Negeri atau mana-mana badan atau institusi yang relevan mencalonkan pelajar-pelajar yang berjaya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat kewangan dan selain kewangan, akan dilayakkan untuk berada di bawah skim ini selama enam tahun. 

Faedah kewangan adalah berbentuk sumbangan RM1000 setiap tahun (6 tahun) sehinggalah penerima sumbangan tersebut tamat belajar. Faedah bukan kewangan adalah penyertaan secara percuma dalam pelbagai jenis program yang dianjurkan.

Faedah sampingan apabila menyertai program SANTUN

Semua program yang dianjurkan SANTUN adalah dikelolakan oleh PESERTA SANTUN sendiri. Bermula dari penyediaan surat, jemputan ke program dan pengurusan program adalah diuruskan oleh kawan-kawan kita sendiri. Individu yang menelefon anda dari pejabat SANTUN juga mungkin dari kalangan peserta SANTUN sendiri. Jadi, peserta sendiri boleh mencuba untuk menjadi urusetia program dan mengasah, mencungkil serta membentuk kemahiran insaniah baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Percayalah! Pengalaman yang didapati sangatlah berharga, dan tak mudah dapat dari mana-mana program lain.

Antara program-program yang dijalankan oleh SANTUN

Program Apresiasi Sambutan Kemerdekaan dan Majlis Graduasi Santun di Lembah Azween






Kursus Keusahawanan 



dan banyak lagi program-program yang telah dan akan dijalankan oleh pihak SANTUN-YaPEIM. Jadi, . kepada yang berkesempatan JOM SERTAI PROGRAM SANTUN. InsyaAllah, BEST!!!!!!

2 comments:

  1. assalam. sy nak tnya ,adakah warga santun ni telah ditetapkan atau disediakan institusi untuk pengajian tinggi? atau boleh sambung di universiti yang saya sdg belajar skrg? keliru sgt ttg santun ni, hrp dapt bantu. tk

    ReplyDelete